Pages

Wednesday, April 1, 2015

Definition of Friend

Assalamualaikum, readers :)

Pesanan Imam Al-Ghazali tentang KAWAN.


  • Pilih kawan yang berakal, jangan pilih kawan bodoh kerana ia akan menjadi musuh dan menyakitkan hati (siannya golongan yang tak berapa bijak. just like me. haha)
  • Pilih kawan yang berakhlak, jangan pilih kawan yang jahat kerana akan diransang nafsu jahatnya. 
  • Pilih kawan yang soleh. Jangan pilih kawan yang fasik kerana kan diajar kita kepada perkerjaan dosa dan maksiat.
  • Pilih kawan yang bersederhana. Jangan pilih kawan yang tamak kerana akan menjadi racun berbisa kepada sifat pemurah.
  • Pilih kawan yang bercakap benar. Jangan pilih kawan yang selalubercakap bohong kerana akan memusnahkan jiwa.
Antara kawan dan sahabat banyak bezanya. 

Sahabat "Apabila dipandang wajahnya akan mengingatkan kita kepala Allah, mendengar katanya menambahkan lagi ilmu,. Melihat gerak gerinya meninggikan rasa takut kepada Allah. Sebaik-baik sahabat adalah yang dapat membantu kita melangkah ke Jannah."

Tak semua kawan kita tu sahabat kita. Mcam mana nak tahu? 'Siapa dia' masa kita susah. Masa kita sedih. Masa kita jatuh. Misalnya masa jatuh tangga, adakah kawan kita tu akan membuka aib kita ke tidak. Haaaa. Seorang sahabat kaan cuba sedaya upaya menyimpan aib kawan dia. Lepastu, masa kita buat silap. Adakah dia akan membetulkan kita? Atau hanya biarkan kita terus hanyut dengan nafsu haloba? ((perghh ayat. hahah)) Then, lihat cara dia membuktikan kasih sayang dia kepada kita. Zaman sekarang ni ramai kawan cakap dia sayang kita. Hakikatnya kita tak kisah kalau kawan kita dihumban ke neraka. Tak tegur kesilapan dia. 

Memilih dalam berkawan bukan bererti cerewet. Tapi untuk kebaikan di dunia dan akhirat. Pepatah pun mengatakan sahabat adalah cermin kepada diri kita. Tiba tiba tersedar, Aku bukan kawan yang baik mahupun sahabat yang baik. Kadang kadang rasa aku tak layak pun nak bersahabat. Im just not good enough for anyone. Tapi kalau kita lari kerana mencari kesempurnaan dalam berkawan sampai bebila pun kesempurnaan tu tak akan ada. Sebab tiada satu pun makhluk Allah itu sempurna. Aku manusia yang jauh dari kesempurnaan berbanding yang lain dan masih dalam mencuba memperbaiki diri kearah yang lebih terbilang selaras dengan pembangunan negara. ((Kejadah kau merepek?)) 

So maafkan segala kesalahan yang mungkin sengaja atau tidak. Aku tak mampu jaga hati semua orang. Adil itu berat tapi aku tak menolak poligami. HAHA. Kadang kadang kita tak pernah perasaan kita melukakan hati orang lain tapi apa yang mampu kita buat? Memaafkan adalah jalan terbaik. Manusia tak lari dari kesilapan macam tu juga dengan aku. Buat salah pada kawan tu lagi banyak kot. haha. Aku bukan kawan yang baik malah tak berguna kot. Jadi aku tak salahkan sesiapa pun kalau ada yang mula melupakan pershabatan yang lama terjalin. Ecewahh tak emo tak emo. haha. People come and go lah bro. Adat lah.. Kau ingat apa dia nak stick ngan kau till your last breath ke apa? HAHA Tapi inshaallah kau akan jumpa sahabat yang sampai ke Jannah :)