Pages

Wednesday, April 1, 2015

Definition of Friend

Assalamualaikum, readers :)

Pesanan Imam Al-Ghazali tentang KAWAN.


  • Pilih kawan yang berakal, jangan pilih kawan bodoh kerana ia akan menjadi musuh dan menyakitkan hati (siannya golongan yang tak berapa bijak. just like me. haha)
  • Pilih kawan yang berakhlak, jangan pilih kawan yang jahat kerana akan diransang nafsu jahatnya. 
  • Pilih kawan yang soleh. Jangan pilih kawan yang fasik kerana kan diajar kita kepada perkerjaan dosa dan maksiat.
  • Pilih kawan yang bersederhana. Jangan pilih kawan yang tamak kerana akan menjadi racun berbisa kepada sifat pemurah.
  • Pilih kawan yang bercakap benar. Jangan pilih kawan yang selalubercakap bohong kerana akan memusnahkan jiwa.
Antara kawan dan sahabat banyak bezanya. 

Sahabat "Apabila dipandang wajahnya akan mengingatkan kita kepala Allah, mendengar katanya menambahkan lagi ilmu,. Melihat gerak gerinya meninggikan rasa takut kepada Allah. Sebaik-baik sahabat adalah yang dapat membantu kita melangkah ke Jannah."

Tak semua kawan kita tu sahabat kita. Mcam mana nak tahu? 'Siapa dia' masa kita susah. Masa kita sedih. Masa kita jatuh. Misalnya masa jatuh tangga, adakah kawan kita tu akan membuka aib kita ke tidak. Haaaa. Seorang sahabat kaan cuba sedaya upaya menyimpan aib kawan dia. Lepastu, masa kita buat silap. Adakah dia akan membetulkan kita? Atau hanya biarkan kita terus hanyut dengan nafsu haloba? ((perghh ayat. hahah)) Then, lihat cara dia membuktikan kasih sayang dia kepada kita. Zaman sekarang ni ramai kawan cakap dia sayang kita. Hakikatnya kita tak kisah kalau kawan kita dihumban ke neraka. Tak tegur kesilapan dia. 

Memilih dalam berkawan bukan bererti cerewet. Tapi untuk kebaikan di dunia dan akhirat. Pepatah pun mengatakan sahabat adalah cermin kepada diri kita. Tiba tiba tersedar, Aku bukan kawan yang baik mahupun sahabat yang baik. Kadang kadang rasa aku tak layak pun nak bersahabat. Im just not good enough for anyone. Tapi kalau kita lari kerana mencari kesempurnaan dalam berkawan sampai bebila pun kesempurnaan tu tak akan ada. Sebab tiada satu pun makhluk Allah itu sempurna. Aku manusia yang jauh dari kesempurnaan berbanding yang lain dan masih dalam mencuba memperbaiki diri kearah yang lebih terbilang selaras dengan pembangunan negara. ((Kejadah kau merepek?)) 

So maafkan segala kesalahan yang mungkin sengaja atau tidak. Aku tak mampu jaga hati semua orang. Adil itu berat tapi aku tak menolak poligami. HAHA. Kadang kadang kita tak pernah perasaan kita melukakan hati orang lain tapi apa yang mampu kita buat? Memaafkan adalah jalan terbaik. Manusia tak lari dari kesilapan macam tu juga dengan aku. Buat salah pada kawan tu lagi banyak kot. haha. Aku bukan kawan yang baik malah tak berguna kot. Jadi aku tak salahkan sesiapa pun kalau ada yang mula melupakan pershabatan yang lama terjalin. Ecewahh tak emo tak emo. haha. People come and go lah bro. Adat lah.. Kau ingat apa dia nak stick ngan kau till your last breath ke apa? HAHA Tapi inshaallah kau akan jumpa sahabat yang sampai ke Jannah :) 




Friday, February 20, 2015

Driving Class

Assalamualaikum.

Eahh rajinnya cik ina update!! Haha. Ok aku senanya dah lama nak update pasal benda ni. Tapi harini baru hati tu tergerak nak tulis. TYPE actually. So nak cerita pasal my first driving class with. HOHO. Aku nak post sebab tak nak bagi aku lupa kenangan terindah. Cewahhh. Senang nanti anak cucu aku nak baca. Haha. Tak gituu? Tak payah lah aku bazirkan saliva bercerita, suruh je mereka goggle. Lagipun dah tua tua ni ingat nak kurangkan 40 000 patah perkataan sehari tu kepada 20 000 patah perkataan sehari. Haaaa azam tahun baru. Haha. Azam dah tua nanti, inshaallah 

So aku mulakan cerita masa first pegang stereng lah eaa?? Haha. Masa tu aku start dulu baru hawa. Hawa duk kat seat belakang je. So masa aku bawak kereta tu hawa ada je lah kat belakang. Haha. Perasaan? Takde lah takot sangat. Sebab  bawak je lah. Yang aku takot kalau aku tak pandai bawak. Haaa takut tak lulus JPJ T_T so masa tu abe Tanya lah aku ngan hawa pernah bawak kete tak sebelum ni? So kami jawab dengan penuh kejujuran, TIDAK. Haha. So sebelum bawak tu abe mat cerita lah pasal pedal minyak brek an klac. Macam macam lah cete. Masa first day tu abe mat ajar cara gerakkan kereta ahaja. Gear tu dia yang urus maa kita orang bawak. Masa aku bawak tu. Dia Tanya “mas pernah bawak kereta ke?” haha cewah kembang sikit. Sikit je. Pada aku, belum handal lagi tu. So tak layak beri pujian. LOL. Masa dia Tanya tu aku cakap lah pernah sekali je tu pun kejap ayah ajar. Tapi tu kereta auto. Masa aku bawak tu tak banyak mati enjin lah. Cuma masa aku undur kereta je mati lah melompat lompat. Hawa kat belakang seronok ketawa. Haha. Lepastu abe mat cakap “mas dah boleh bawak kereta lah ni” haha. Padahal aku tekan minyak je bukan buat pape haha.
Lepastu turn hawa. Masa tu kita orang buat latihan kat masjid sebab kat pesta ada polis. Abe mat takut kena saman sebab Lesen L mana boleh bawak lebih 1 penumpang. Haha. So kami pindah. Kebetulan masa turn hawa tu hawa kena turun bukit sikit. Masa nak turun bukit tu, sumpah aku kat belakng dah guling guling haha. Jahat ok. Enjin mati. Lepastu hawa hampir nak langgar batu lah. Abe mat cuak je. Haha. Enjin asik mati. Haa gitu. Hawa pun gelak masa tu. so peloles. Tetiba. Abe mat cakap first time beljar bawak kereta mesti tak akan lupa sampai bebila. Haha. Hawa lah yang aku tak akan lupa. Haha. Masa dah siap abe mat hantar hawa balik aku ikot. So lepas dah hantar tu masa otw gi kedai abe mat, dia cakap macam ni baguslah awak ni. Hujan bawak rahmat. Haha. Masa hawa bawak kereta pun dia cakap juga sebab masa tu dah mula hujan sejuk je. Ok tu je. haha

Esoknya pun gitu. Aku start dulu sebab hawa datang lambat. Lepas aku dah pusing pesta tu baru Nampak hawa kat kedai. Haha. So amik lah hawa. Hari kedua kita orang belajar gear. Haaa. Masa kat selekoh abe mat suruh tukar gear aku pun pandang lah gear tu. Stereng di abaikan seketika, nasib masa tu kaki aku tak tekan minyak kalau tak memang langgar pokok waa cakap lu! Hahaha. Hawa gelak sakan kat belakang. Masa bawak kereta aku tak ingat sangat apa berlaku sebab aku fokus so memang aku tak tau apa jadi. Sebab tu aku ingat hawa punya je. Haha.

Ok tiba giliran hawa. Haha. Masa hawa bawak tu abe mat cakap yang hawa ni jenis bawak kereta pegang stereng satu tangan je. Haha abe mat cakap tak boleh macam tu bahayaa. Aku gelak je lah. Dia cakap lah hawa belum mahir pegang stereng. Dia suruh hawa pegang tudung periuk kat rumah lol. Masa bawak tu hawa asik nak langgar batu, pokok. Haa masa tu!! Kat selekoh hamper langgar batu and enjin mati. Abe mat takot je.. dia kata lahh “ehh batu tu wee” hahaha enjin mati lepstu hawa hidupkan asik melompat je. Hawa sendiri gelak lagi aku kat belakang. Lol bagi aku takpelah.. first try kana pa ada hal. Belajar lah nanti pandai lah.. pasal stereng tu abe mat pegang stereng masa hawa bawak dia kata takot terbabas. Haha. Aku perasan tau. Hawa bawak kereta bukan satu tangan Cuma dia nak elak bersentuh dengan abe mat. Tapi aku senyap je lah. Haha. Bukan tabiat hawa tau bawak kereta satu tangan tapi aku yakin dia terpaksa. Haha. Tapi Cuma hawa kalau belok dia pusing stereng banyak sangat tu je. Tapi masa dah akhir akhir hawa dah pandai gak aku tengok. Masa balik aku chat ngan hawa pasal tangan tu. Dia kata haah memang nak elak sentuh tangan abe mat. Hahaha. Aku kenal kawan aku. Lol. Masa balik tu abe mat cereta kat aku yang dulu dia pernah ngajar pakai sarung tangan sebab student da ni jenis berpurdah, tutup kaki tangan sume. Abe mat cakap bawak kete susah pakai sarung tangan. Abe mat suruh dia bukak tapi dia tak nak. Takot batal air sembahyang. Haha. So abe mat cakap dia terpakalah pakai sarung tangan tu demi wanita tersebut. Haha masa dia cerita tu aku macam dapat agak abe mat ni tau kenapa hawa bawak kereta satu tangan. Hahahah.


Itulah kisahnyaa. Aku rush giler nit u terabur jalan cerita. Lol. Bye salam maghrib. 

Monday, January 26, 2015

Tutorial cuci telur?

Assalamualaikum ! Dah lama tak update. Hekhehekhekhekhekhekhek ;D
Kawan aku Fatihin namanya nak aku menulis. Typing? Apa aku cakap? Nvm. So aku kat sini nak cerita pasal apa aku buat. Haha. Sebagai seorang lepasan SPM macam macam pekerjaan yang aku fikir untuk dibuat masa cuti ni. Akhirnya aku memilih untuk menjadi seorang petani. Tanam anggur? Agaknya kalau ada award petani berjaya, aku boleh kot menang. 

So lepas subuh tadi sebelum mama pergi kerja mama suruh aku cuci telur.

"Ina nanti cuci telur masok peti ais"

gituww haaa.. aku pun fikir sejenak. Aku petani pehal kerja macam maid? Takpe.. demi income lebih. *Go inaa ! 


So inilah dia telur telur comel lagi lazat yang aku kena cuci. Masa cuci tu aku terfikir. Apalah perasaan mak ayam ni bila telur dia kena curi. Nasib lah ayam ni tak macam manusia. Kalau manusia hilang anak mahunyaa meroyan (novel form 4 mariana meroyan). Agaknya kalau ayam boleh meroyan mesti dia gila meroyan amik alih tugas ayam jantan berkokok pepagi tu. Tak pun serah diri kat tauke ayam untuk disembelih. Tak pun dia pergi jumpa doktor ayam untuk dimandulkan. Mogok tak nak beranak lagi. Hmmmmm. 

Dalam 20 minit juga aku cuci telur ni macam aku memandikan anak sendiri. Letak sabun lagi. Berus. Wangiii dah telur telur aku ni. Tiba tiba hati aku diserang hiba. Tiba tiba rasa nak selimutkan telur telur tu biar dia menetas dengan selamat. Sebenarnya aku terfikir nak panaskan telur tu dengan gaya natural iaitu gaya mak ayam. Tapi aku takut bila buat macam tu anak anak ayam tu akan terkorbon. 

So lepas siap cuci aku pun susun lah telur telur tu kat dalam 'peti ais' 


Maafkan saya cik telur. Saya terpaksa. Nak nak time lapar ni. Saya takde pilihan. Maafkan saya. Saya janji saya akan masak awak sedap sedap. *perut menendang
ok aku laparr ni. Serius. So dengan ini saya akan mengundur diri. Nantikan next tutorial.
Terima kasih kerana sudi membaca. Selamat mencuba. Ingat yang penting kasih sayang seorang ibu.