Pages

Friday, June 24, 2016

My Life Di KMJ

Assalamualaikum

So harini, ina ingat nak share sikit pasal life kat KMJ (kolej matrikulasi johor). LOL. So seperti yang anda sedia maklum ataupun tidak, matriks ada dua program iaitu pst dan pdt. So ina adalah pst. So first, sebab masok kmj ni boleh dikatakan macam terpaksa lah juga. Tawaran U tu dapat tapi ntahlah hati terdetik suruh pi KMJ ni. Eii susahlah nak cete part ni. hahaha. (sebab masa minggu orentasi macam macam berlaku kat ina) so kita skip part ni. 

Jujur lah masa memula masok kmj ni aku bebetul susah nak move on sebab before this aku tak pernah berjauhan ngan family. First sem tu memang setiap minggu bila jumpa mama aku nangis. Bila cuti ke, nak kena balik kmj balik aku nangis. nangis nangis nangis dan nangis. Sepanjang satu sem ye. Aku bukan anak bongsu tapi semua ingat aku anak bongsu. haha. Maybe aku manja lah. Hmm ntahlah. Aku dulu 5 tahun sekolah perempuan, so its really really hard for me bila kau nak bergaul dengan lelaki kat kmj. Lagi lagi aku modul 2, which is aku akan jumpa ramaiiiiiii lelaki. Kekok wei, sem 2 baru aku start rapat ngan classmates lelaki, ada lah kawan lelaki kalau nak dibandingkan dengan budak modul 3 diaorang mostly tak ramai kenalan lelaki. haha. Bila ber-start gazing ngan classmates, buat ucapan. Aku sedih sebab kenapa sem 2 kita baru nak rapat? haha Well life must go on.

So belajar kat kmj ni susah ke? My personal opinion lah kan, kalau betul susah takkan ada yang 4flat kannn? Kalau betul senang takkan ada yang kena tendang? Haaa itulah pepatah melayu. So bagi aku lah, matriks tak susah kalau kau fokus dalam kuliah (which is aku sendiri tak boleh nak fokus) Aku banyak main sikit sem 1. Bila dah sem 2 rasa menyesal. lol. Tapi tak semestinya spm kau tak bagus bila masuk matrik result kau hancur. Tidakkkkk! SALAH! Sebab aku dah jumpa dah budak spm result biasa biasa je tapi bila masuk matrik diaorg macam ada azam baru, life baru, pointer sume cantikk jeee. hahah. Senang lah kan kau jangan pandang rendah lah. Pinjaman je nak oi. Tips? Tanya lah sesiapa yang pandai kalau tak faham, belajar dengar diaorang. takpun tanya cikgu kat kmj. Semua baik belaka. Tapi aku ni jenis tak suka jumpa cikgu sangat. Suka tanya kawan lebih selesa. Tapi terpulanglah. Kau yang nak belajar.

Aku tak pernah sangka kmj akan jadi satu tempat terbest lah. CEhhhh. Aku beruntung sebab ada roommates yang sekepala. Jiran jiran yang baik. Sumpah aku suka. LOL. Tak sama lah macam masa kat sekolah. Banyak puak. dak hot kawan ngan dak hot je. Kat kmj benda yang aku dapat lihatlah. Yang hot semua tak kesah pun ada kawan ngan dak biasa biasa. Kejutan budaya sikit lah. Maybe sebab dah matang atau batch aku ni yang baik. hahah. Bila raya nak dekat setiap blok akan bukak lagu raya before pukul 11 pm. Seronok wei, aku ngan roommates aku keluar bilik menari, menyanyi.. jiran jiran turut join. Seronok. Hampir setiap masa aku berkepit dengan roommates aku. Bonding aku dengan misah, hannah, abbit kuat sangat. Dengan kawan abbit, siti and faris. Rapat gegile. every weekend mesti faris tido bilik aku. Bila dah sem 2 bilik kitaorang sepatutnya ada 4 orang jadi 7 tau. haha.  Walau apa pun terjadi kita orang akan dinner lunch sesama setiap hari. Cuma lunch tu weekend jelah boleh sesame sebab hari biasa jadual semua lelain dan aku tak lunch biasanya.
Bilik aku memang meriah terok. Sem 1 selalu kena aim dengan felo sebab bising. Haaa malaslah nak cete. Seronok lah kalau korang dapat roommates sehati sejiwa ni. Sumpah aku cakap korang akan rindu nak mati dengan matriks. Kalau aku nak cerita setiap butir kenangan memang tak akan habis. haha. Ohh yeaaa Misah dulu bawak rice cooker. Giler takk? Giler tak gierr kitaorang pernah sekali masak masak dalam bilik tu. Hahaa. kenangan tu. Aku harap bila sambung belajar nanti aku jumpa roommates macam korang. Aku rasa semua orang tahu bonding dt1.22 ni kuat gilerr. 

Masa birthday, haaa ni kau kena prepare lah. roommates kau memang prank baling bedak, minyak rambut semua. Sampai berlari kat koridor. Sampai hannah kepala dia benjol terlanggar tiang. Sumpah kelakar. HAHA. Lepastu classmates aku, ni yang sweet ni, khaleeda, aman, nok, syai lah kepalanya buat surprised . Lilin lilin samai ustaz marah. ahhaha. Khaleeda curi sport shoes aku sebab nak prank. sweet moments seh. Aku tak pernah lagi ada kejutan macam tu. Tak sangka satu kelas ada masa tu. Dah lah malam tu kmj blackout. Nasib sempat buat makan makan tu. Thanks korang

Cikgu aku pernah cakap 'Kau tak akan jumpa kawan kawan kat matriks ni bila kau kat uni nanti' satu je lah aku nak cakap. Hargai mereka yang ada kat matrik. Matrik dan uni ni memang jauh berbeza. Jauhhh sangat. Percayalah cakap aku. Kau dah tak boleh dah jumpa kawan kawan yang ikhlas. Walaupun kat matriks tak sampai 12 bulan pun bonding tu, Kau tak akan dapat kat mana mana. 

Aku harap aku masih ada kesempatan nak jumpa orang orang yang baik macam korang. 

Santapan buant anda, my classmates and roommates di kmj