Pages

Monday, January 26, 2015

Tutorial cuci telur?

Assalamualaikum ! Dah lama tak update. Hekhehekhekhekhekhekhek ;D
Kawan aku Fatihin namanya nak aku menulis. Typing? Apa aku cakap? Nvm. So aku kat sini nak cerita pasal apa aku buat. Haha. Sebagai seorang lepasan SPM macam macam pekerjaan yang aku fikir untuk dibuat masa cuti ni. Akhirnya aku memilih untuk menjadi seorang petani. Tanam anggur? Agaknya kalau ada award petani berjaya, aku boleh kot menang. 

So lepas subuh tadi sebelum mama pergi kerja mama suruh aku cuci telur.

"Ina nanti cuci telur masok peti ais"

gituww haaa.. aku pun fikir sejenak. Aku petani pehal kerja macam maid? Takpe.. demi income lebih. *Go inaa ! 


So inilah dia telur telur comel lagi lazat yang aku kena cuci. Masa cuci tu aku terfikir. Apalah perasaan mak ayam ni bila telur dia kena curi. Nasib lah ayam ni tak macam manusia. Kalau manusia hilang anak mahunyaa meroyan (novel form 4 mariana meroyan). Agaknya kalau ayam boleh meroyan mesti dia gila meroyan amik alih tugas ayam jantan berkokok pepagi tu. Tak pun serah diri kat tauke ayam untuk disembelih. Tak pun dia pergi jumpa doktor ayam untuk dimandulkan. Mogok tak nak beranak lagi. Hmmmmm. 

Dalam 20 minit juga aku cuci telur ni macam aku memandikan anak sendiri. Letak sabun lagi. Berus. Wangiii dah telur telur aku ni. Tiba tiba hati aku diserang hiba. Tiba tiba rasa nak selimutkan telur telur tu biar dia menetas dengan selamat. Sebenarnya aku terfikir nak panaskan telur tu dengan gaya natural iaitu gaya mak ayam. Tapi aku takut bila buat macam tu anak anak ayam tu akan terkorbon. 

So lepas siap cuci aku pun susun lah telur telur tu kat dalam 'peti ais' 


Maafkan saya cik telur. Saya terpaksa. Nak nak time lapar ni. Saya takde pilihan. Maafkan saya. Saya janji saya akan masak awak sedap sedap. *perut menendang
ok aku laparr ni. Serius. So dengan ini saya akan mengundur diri. Nantikan next tutorial.
Terima kasih kerana sudi membaca. Selamat mencuba. Ingat yang penting kasih sayang seorang ibu.