Pages

Saturday, November 29, 2014

Cerpen Sahabat



“Mira!” Aimi menyergahku.
“Ishhh kau ni terkejut aku. Kenapa?” marahku.
“Alaa janganlah marah. Kau ni jumpa aku je mesti nak marah. Aku rindu kau la mak cik. Dua hari kau tak datang sekolah. Kenapa kau tak datang?” Tanya Aimi jujur.
Aku tercengang walaupun aku sudah lali dengan kata kata manis sahabatku ini. Aku tahu dia tahu kenapa aku tidak hadir ke sekolah tapi sikapnya yang terlalu ambil berat membuatkan dia tetap mahu bertanya walaupun dia tahu jawpanya.
“Aku demam lah. Demam tengok buku hari-hari” balasku selamba.
“Kau ni tak habis-habis demam kalau waktu matematik tambahan tak pulak kau demam kann?” Balas Aimi sinis.
Aku tahu maksudnya tapi malas aku hendak melayannya. 

Sudah 10 minit berlalu aku baru perasan yang Bella tidak bersama kami. Setahu aku mana ada Aimi pasti ada Bella termasuk juga aku. Ye hubungan kami ini macam adik beradik. Susah nak berenggang. Walaupun kami pernah bergaduh tidak pernah kami bermasam muka terlalu lama. Paling lama pun sehari dua. Itupun Aimi yang terlalu emosi. Ye Aimi seorang gadis yang manis tetapi paling mudah terasa walaupun kadang-kadang benda tu remeh temeh sahaja. Tapi aku tak pernah kisah pun dengan sikapnya kerana sudah sebati dalam hidup ku. Bella pula seorang yang pendiam. Walaupun sikapnya yang tidak ada siapa-siapa pun boleh duga hubungan kami tetap utuh. Bella boleh marah tiba-tiba saja sebab itu orang yang tidak mengenalinya pasti akan melabelnya sebagai seorang yang sombong. Walhal Bella bukanlah begitu orangnya. Dia Cuma pemalu tapi apabila bersama kami hilang semua sifat perempuan melayu terakhirnya itu.
 

“Wei mana Bella? Dia tak datang ke?” soalku kepada Aimi. “Tak lah rasanya. Dah pukul 8 pun.” Jawabnya. “Haihh pelik aku kau orang ni, suka sangat cuti sekolah. Lepastu tinggalkan aku terkontang kanteng kat sini sorang sorang” bebel Aimi. “Peliknya. Bella jarang cuti. Kalau cuti pun mesti dia beri tahu kita. Kenapa eakk?” soalku. “Aku ni nampak macam kaunter pertanyaan ke?” sindir Aimi. “Tak lah macam kaunter tapi dari gaya adalah ciri-cirinya sikit” jawabku selamba. Kedebukk ! Satu pukulan padu buat lengan kesayanganku. “Sakit lah wei!” adu ku. “kau yang minta kan?” sindir Aimi. Ikut kan hati mahu saja aku debik perempuan ni tapi aku malas nak panjangkan cerita jadi lebih baik aku diam. Hari ni memang hari kau sahabatku.



Kringgggg! Tanda tamatlah sudah hari persekolahanku. Dah tak tahan aku menanggung kebosanan ni. Terbayang-bayang batal dan teddy bear aku kat rumah.
“Mira!” sergah Aimi. Pang!!! “Sakitlahh!” adu Aimi.
“Sakit hati aku ni siapa pulak nak kisah?” marahku.
“Alaaa kau tu kan ada masalah pendengaran sikit tu yang aku jerit” jawabnya sambil mengusap lengan mungkin tengah mencuba untuk menghilangkan kesakitan akibat daripada tamparan aku tadi.
“Haaa kenapa?” soalku.
“Kau nak buat apa petang ni? Bosanlah duduk rumah. Jom Lepak taman macam biasa”
“Ishhh tak nak lah. Aku nak tidur. Ngantuklah. Aku tidur lambat malam tadi. Kau ajak lah Bella” saran ku. 



“Alaaa kau ni. Dah lama kita tak keluar sama. Ke kau nak keluar dengan Amir?” soal Aimi ragu dengan kejujuranku.
“Betulah. Aku memang nak tidur. Terpulanglah kau nak percaya ke tidak. Aku penat. Bye. Assalamualaikum”
Selepas itu aku tidak hiraukan panggilan Aimi apabila masih menjerit namaku. Penat lah macam ni, bila aku jujur orang cakap aku tipu. Bila aku tipu mudah betul orang percaya. Aku tak tau nak salahkan siapa. Mungkin inilah lumrah hidup. Lagipun aku bukan nak keluar dengan Amir pun. Ya memang Amir kekasihku tapi takkanlah aku nak tipu kawan aku sendiri semata-mata nak berjumpa dengan Amir.

***

Sudah dua hari Bella tidak hadir ke sekolah. Sejak itu juga aku semakin risau dengan keadaannya. Mana tidaknya, aku tidak diberikan khabar berita tentang dirinya. Aku ada juga cuba menghubunginya tetapi tidak dapat. Malahan Aimi juga ada berbuat benda yang sama. Kami ada juga terfikir nak pergi ke rumahnya tetapi rumah Bella terlalu jauh. Waktu kami juga tidak panjang kerana dipenuhi dengan kelas tambahan. Jadi kami membuat keputusan untuk terus menunggu sehingga Bella hadir ke sekolah.
“Mira jom keluar petang ni.” pelawa Aimi.
“Tak nak lah aku ada date dengan Amir petang ni” balasku. Sudah lama aku tidak keluar bersama Amir. Rindu sungguh aku terhadap jejaka tinggi tersebut.
“Kita kan dah lama tak keluar” adu Aimi. 



“Tapi kau kan jumpa aku hari-hari. Aku bukan jumpa Amir selalu pun. Lagipun aku dah lama tak keluar dengan dia. Boleh mati aku menahan rindu ni”
“Suka hati kau lah. Tapi kau jangan menyesal pulak” rajuk Aimi. Terus dia pergi meninggalkan aku di koridor. Aku masih tertanya-tanya. Menyesal? Menyesal sebab apa? Alahh saja lah tu nak ugut aku supaya aku keluar dengan dia. Hati aku sado lah Aimi. Tak goyang pun. Hati aku cuma goyang dengan Amir je.
‘Ya Allah miangnya kau ni Mira’. Bisik hatiku.
***

“Awak nak makan apa harini?” tanya Amir padaku
“Saya tak kisah. Ikut awaklah”
“Hmmm saya teringin nak makan hati lah” sambil tersenyum kearahku.
“Hati? Merepek lah dia ni. Ada pulak pergi dating makan hati”
“Saya nak makan hati awaklah. Supaya sayang saya kat awak kekal untuk selama lamanya” jawab Amir
“Gedik” balasku manja.

 Itulah Amir suka membuat aku terbuai-buai dengan sikapnya yang romantik itu. Walaupun dia seoarang lelaki yang bagi aku cukup ‘karat’ itu dia tetap mengutamakan agama. Sepanjang 3 tahun aku bersama dia jarang sekali aku lihat dia memandang aku. Pernah juga aku bertanya pada dia. Alasannya takut menimbulkan zina mata. Patutlah dia tidak pernah membawa aku pergi ke tempat yang sunyi. Rupanya takut difitnah oleh orang. Kagum sungguh aku dengan jejaka tampan ini. Sikapnya yang seperti seorang ustaz ini telah mengubah gaya hidupku serba sedikit. Mungkin dengan sikapnya begini membuatkan aku selalu ingin berdamping dengan dia. Sebab tu aku jarang keluar dengan Bella dan Aimi sebab aku nak meluangkan masa lebih lama bersama Amir. Ya, mungkin sikap aku ni agak keterlaluan tapi bukan ke ini namanya cinta? Orang lain mungkin boleh malabelkan aku sebagai seorang yang mengada-ngada. Yelah Amir tidak seperti terlalu terhegeh-hegeh pada aku. Aku yang sebenarnya terhegeh-hegeh kat dia. Sikapnya yang seperti ustaz itu pastinya tidak akan bersikap seperti lelaki-lelaki lain di luar sana. Jadi, aku takut untuk kehilangannya. Aku sendiri hairan kenapa Amir boleh suka pada aku. Hanya Amir je tahu jawapannya.

***

“Seronok dating semalam?” soal Aimi
“Biasa je. Haa kau dah jumpa Bella?” soalku serius cuba mengubah topik perbualan kami.

“Ingat jugak kau kat kawan kau eak? Ingatkan dah lupa” sindir Aimi.
“Takkanlah aku lupa kawan dunia akhirat aku kot”
“Melayu mudah lupa. Inikan pula kau yang celup melayu dengan bangla sikit” sindir Aimi kasar.
“Kuah asam kau Aimi”
“Aikk. Kata kawan, nak gurau sikit sekarang ni pun tak boleh dah?”
“Apa-apalah. Bella tak datang juga ke harini? Mana dia? Dia sakit ke?” soal ku bertubi-tubi
“Aku ada datang rumah Bella semalam dan...”
“Bangun kelas!” arah ketua kelas kami. Waktu-waktu genting macam ni lah cikgu aku nak sampai. Haihh. Dengan harapan tinggi menggunung aku berharap masa cepat berlalu. Bolehlah aku sambong cerita dengan Aimi. Sungguh aku tertanya-tanya kemana hilangnya Bella. Bukannya aku tidak cuba menghubunginya tapi sering kali talian telefonnya dimatikan. Aku buntu nak buat apa. ‘Aku ada buat salah ke?’ persoalan tu sering kali bermain di benak fikiran ku.




***
Akhirnya waktu sekolah telah tamat. Aku menghembuskan nafas lega. Sekarang ni aku kena cepat-cepat balik ke rumah sebab petang ni aku dah berjanji dengan Amir yang aku akan berjumpa dengan dia. Aku hairan sebab jarang Amir nak berjumpa aku kerana dia sibuk dengan kelas tambahan dan juga aktiviti koko di sekolah. Aku ada bertanya dia tetapi alasannya dia ingin berkongsi masalah dengan aku. Hairan aku sebelum ini tidak pula dia ingin berjumpa aku apabila ditimpa masalah. Paling dasyat pun dia hanya menghubungi aku di telefon sahaja. Itupun hanya sekejap saja sekadar ingin memaklumkan yang dia menghadapi kesulitan.

“Mira aku ada benda nak bagi tau kau” tegur Aimi yang tiba-tiba muncul.
“Kau nak bagi tau aku apa?” soalku sambil mengemas beg sekolahku.
“Aku nak bagi tau kau pasal Bella”
“Bella? Esok lah. Aku kena cepat ni. Aku nak jumpa Amir. Dia ada masalah”
“Tapi Mira, Bella kan kawan kita. Tak boleh ke kau dengar kejap?” rayu Aimi.
“Sorry lah Mi. Aku betul-betul kena cepat. Esok aku janji aku akan dengar semua cerita kau”
“Kau nak pergi rumah Bella kan petang ni? Kau kirim salam dia untuk aku. Cakap kat dia jangan ponteng lama-lama, aku tau lah dia pandai tapi takkanlah sampai taknak datang sekolah terus” gurauku.


Aku terus bergegas pulang ke rumah meninggalkan Aimi di kelas. Jujur aku katakan aku serba salah buat Aimi dan Bella begitu. Tapi kehendak cinta lebih menguasai diri aku. Aku sayangkan Amir dan aku sayangkan sahabat aku juga. Sebab itu aku akan cuba sedaya upaya aku untuk menjaga hati Amir. Aku taknak dia tinggalkan aku. Dalam masa yang sama aku cuba menjaga hati sahabat aku. Lagipun aku lebih banyak luangkan masa bersama mereka berbanding Amir. Sebab tu aku lebih banyak menghabiskan masa aku selepas waktu persekolahan bersama Amir.



***

“Kenapa awak tersenyum-senyum ni?” tanya Amir kehairanan.
“Saya gembira” balasku manja sambil memandang kearahnya.
“Gembira? Kenapa?” tanya Amir bingung.
“Gembira dapat jumpa awak harini”
“Ishh saya ingatkan awak teringatkan lelaki lain tadi” balas Amir dengan lega.
“Haha. Mana ada. Saya ingat awak je lah”
“Ehh awak kata awak ada masalah. Masalah apa tu? Nampak macam serius je sampai ajak saya keluar” tanyaku.
“Sebenarnya....” jawab Amir gagap.
“Sebenarnya apa? Awak ni sejak bila pulak gagap?” tanyaku dengan penuh sedakkan. Sungguh aku betul-betul ingin menjadi pendengar dia harini tapi boleh pula dia tergagap-gagap macam Tok Wan jiran aku.
“Kalau saya cakap awak jangan marah boleh?” soalnya ingin kepastian.
“Tengoklah keadaan.”
“Alaaa janji lah. Kalau tak saya tak nak cakap.” Ugutnya.
“Yelah yelah. Haa cakap cepat” balasku hanya untuk menyedapkan hati dia.
“Sebenarnya saya tak ada masalah pun” jawab Amir yang seperti serba salah itu.
“Haaa? Habis kenapa awak nak jumpa saya?” tanyaku kehairanan. Mati-matian aku ingat dia ada masalah. Sejurus itu aku teringatkan Aimi. Perasaan serba salah aku pada Aimi kian menggunung. Amir.. Amir.. nasib kau ni boyfriend aku kalau tak da lama dah kau arwah harini.

“Saya nak bagi awak sesuatu. Saya tak berniat nak tipu awak tapi kalau saya tak buat macam ni awak mesti tak nak jumpa saya” jelas Amir dengan nada kesian. Saja lah tu nak minta 
simpati aku. Macam mana lah aku tak boleh cair dengan dia. Suka buat lagak macam budak kecil minta gula-gula. Haihhh comel sungguh.
“Awak nak bagi saya apa? Saya tak marah pun. Cuma kesal. Bolehkan awak jujur dengan saya? Tak payah buat tipu helah macam ni”
“Alaaa awak saya minta maaf” rayu Amir sambil melutut kearahku
“Ishhh awak buat apa ni. Bangunlah. Kalau tak saya balik” ugutku. Malu aku dibuatnya apabila semua orang disekeliling kami memerhatikan tingkah laku Amir yang melutut pada aku.
“Ok ok saya bangun” bangun Amir sambil membuat muka seperti tidak puas hati dengan arahanku.
Amir mengeluarkan sebuah kotak besar yang dibalut cantik dengan sampul bercorak teddy bear. “Nah” sambil menyerahkan kotak tersebut padaku.
“Apa ni?” tanyaku.
“Hadiah lah” balas Amir selamba
“Saya tahu ni hadiah. Hadiah untuk apa?” balasku geram dengan jawapan Amir yang tidak pernah nak serius.
“Hadiah hari jadi awaklah” jujur Amir.
Aku hairan. Harini hari jadi aku ke? Setahu aku harijadi aku jatuh pada hari ahad minggu depan.
“Harini bukan harijadi sayalah Amir” balasku.
“Saya tahu. Tapi minggu depan saya takde kat sini nak sambut hari jadi awak. Saya kena pergi ke Johor Bahru untuk program sekolah” jawab Amir.
“Ouhh. Saya ingat awak lupa hari jadi saya” balasku.
“Mira, saya tak akan lupa hari penting orang yang saya sayang” jawab Amir sambil tersenyum kearahku. Sungguh aku terharu dengan kata-kata manisnya.


***

Tak sabar-sabar aku nak buka hadiah Amir. Terus aku capai kotak hadiah tadi. Aku buka pembalutnya dengan penuh cermat. Biasalah pemberian orang tersayang, sampul pun kita tak nak koyakkan. Terkejut aku dengan pemberian Amir. Telekung yang berwarna merah jambu. Aku dapat rasakan butir-butir jernih yang mengalir di pipi ku. Terus saja aku usap. Ini adalah hadiah yang paling bermakna yang pernah aku terima dari orang luar selain dari keluarga aku. Telekung. Aku perasan ada sekeping kad di dalam kotak hadiah itu. 


Assalamualaikum Mira. Selamat Hari Jadi.
Saya tak mampu nak bagi awak hadiah mahal-mahal
tapi ganjaran daripada hadiah saya itu lebih mahal dari cincin emas.
Saya harap awak tak pernah lupa pada-Nya.
Semoga hubungan kita ni deredai Allah dan awak dipanjangkan usia.

Ya Allah, terima kasih kerana kau utuskan aku seorang lelaki yang baik dan sentiasa mengingati aku untuk sentiasa berada di landasan yang benar. Kau kekalkan lah dia untukku. Sungguh aku sayangkan Amir.


***

Sudah seminggu berlalu. Hari ni hari jadi aku. tapi aku tidak mendapat apa-apa ucapan dari sahabat aku, Aimi dan Bella. Sudah seminggu Aimi tidak bercakap dengan aku. aku tahu dia masih marah dengan tindakkan aku yang keluar bersama Amir minggu lepas. Bukan aku sengaja nak berjumpa Amir tapi Amir yang nak sangat berjumpa dengan aku dengan alasan yang dia ada masalah walaupun hakikatnya tidak. Seminggu itu jugga aku tidak berjumpa dengan Bella. Aku hairan. Apa yang berlaku pada Bella sebenarnya? Kemana dia menghilang. Aku cuba bertanya pada Aimi tapi dia tidak mahu memberitahu aku sebaliknya menyuruhku keluar bersama Amir. Aku tahu dia cuma menyindir aku saja. Aku ada juga cuba menghubungi Bella tapi seperti biasa aku tidak dapat berhubung dengannya. Ahhh buntu betuk aku memikirkan sahabat-sahabat aku ini. Mahu saja aku meluahkan segala keperitan ini pada Amir tapi dia pastinya sibuk dengan program sekolahnya di JB. 

Tengah ‘syok-syok’ aku menonton tv aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari Aimi. Pelik sungguh aku dengan dia ni. Nak beri ucapan hari jadi ke. Ingatkan dah tak ingat kat aku. Terus saja aku mengangkat panggilan telefonnya itu dengan penuh bersemangat. 

“Hello sayang. Aku ingat kau dah lupa aku” sapa ku pada Aimi.
“Mira...” panggil Aimi kepada ku dengan suara yang seperti baru saja menangis. Aku hairan. Kenapa aimi menangis? Apa yang dah berlaku? Semua persoaln bermain di mindaku.
“Kenapa Aimi? Kenapa kau menangis?” tanyaku risau.
“Bella.. Bella...” jawab Aimi dengan sedu-sedan
“Kenapa dengan Bella, Aimi?” tanyaku tegas.
“Bella dah takda, Mira. Bella dah tinggalkan kita” jawab Mira dengan tangisan. Aku merasakan darah dalam tubuhku seperti berhenti mengalir. Bella pergi? Tapi kenapa? 


***

Bergegas aku ke hospital bersama ibu bapa aku. sepanjang perjalanan kami aku tidak berhenti-henti menangis. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang Aimi beri tahu aku. Aku tidak bersedia nak kehilangan sahabat baik aku, Bella mahupun Aimi. Aku betul-betul tidak sangka dengan apa yang dah terjadi.
Tibanya aku di hospital tempat di mana Bella dirawat terus saja aku berjumpa dengan Aimi. Mata Aimi kelihatan sembap dek terlalu lama menangis. Tidak kurangnya dengan aku. pantas aku memeluk Aimi dengan tangisan.

“Aimi.. Bella mana?” tanyaku sayu.

“Kat bilik. Kau pergi lah melawat” jawab Aimi dengan tangisan yang masih bersisa.
Aku terus memasuki bilik mayat tersebut. Makin deras air mata aku apabila melihat sekujur tubuh yang tidak bernya di depan mata aku. Lebih-lebih lagi tubuh itu milik sahabat baik aku, Bella. Dengan perlahan aku mendekati tubuh kaku itu. ‘Bella cepatnya kau pergi’ bisik hati ku. Aku tidak dapat menahan kesedihan aku lalu meraung meratapi pemergian Bella.

“Bella, bangun lah. Kenapa kau tidur lama sangat? Kau dah cuti sekolah berminggu-minggu takkan tak cukup lagi” panggilku kepada Bella dengan tangisan.

“Bella bangunlah.... Jangan tinggalkan aku. Kau lupa ke janji kau kat aku? Kau kata kau nak tengok aku kawin dengan Amir” teringat aku akan kenyataan Bella yang ingin melihat aku dan Amir di atas pelamin.

“Bella... kau tak sayang aku lagi ke? Sampai hati kau... Bella...”

“Bella, maafkan aku. Maafkan aku sebab tak pernah cuba tanya khabar kau. Maafkan aku sebab aku bukan kawan kau yang baik. Maafkan aku sebab tak pernah ada untuk kau waktu kau betul-betul memerlukan aku. maafkan aku Bella” aku betul-betul kesal dengan tindakan aku selama ni. Aku tak sangka selama ini Bella sakit. Bella mempunyai tumor di kepala dan dia meninggal akibat daripada pembedahan yang berisiko tersebut.

“Buat apa kau nak menangis? Bukan ini yang kau nak selama ni? Pergilah kau keluar dengan Amir. Tak payah kau nak kisah pasal Bella” marah Aimi padaku.

“Aku tahu salah aku, Mi. Kau boleh marah. Marahlah aku kalau itu yang kau nak. Cuma aku nak kau tau, aku tak pernah minta hilang Bella” dengan tangisan aku memberi tahu Aimi. 

Aimi menghulurkan aku sepucuk surat, “Nah. Ini surat dari Bella. Dia bagi aku ni suruh bagi kat kau sebab dia takut tak dapat jumpa kau lagi lepas ni. Tak sangka kata-kata Bella jadi kenyataan. Satu je aku nak bagi tau kau. Hari-hari Bella tunggu kau kat hospital. Bukan aku tak nak bagi tau kau. Tapi kau sendiri tau kau terlalu sibuk dengan Amir” luah Aimi. Ya  memang benar aku terlalu sibuk dengan Amir tapi kalau aku tau Bella sakit pasti aku tak akan buat macam tu. Betul. Aku mengambil surat itu lalu membacanya.

Assalamualaikum, Mira sahabat dunia akhirat,
Saat kau baca surat ni maksudnya aku tidak lagi bersama kau. Ketika aku menulis surat ini aku teringat akan kenagan-kenangan manis kita. Banyak sangat kenangan kita untuk aku coretkan di surat ini.ingat tak lagi yang aku pernah cakap aku teringin nak tengok kau kawin dengan Amir? Jujur aku katakan aku teringin nak tengok kau atas pelamin. Tetapi keadaan seperti tidak mengizinkan. Aku doakan hubungan kau dengan Amir berkekalan.
 Alangkah bagus di saat terakhir aku ini kau ada bersama aku. Ya, aku tunggu kau datang sini untuk melawat aku. Tapi Aimi ada bagi tau aku yang kau sibuk. Jadi, aku tak kisah sangat. Janganlah kau salahkan diri kau. Serius aku ok. Aimi pun ada cakap kau ada cuba hubungi aku, maafkan aku tapi aku dah tak menggunakan telefon lagi. aku tak nak diganggu. Aku terlalu tertekan dengan penyakit yang aku alami. Mira, maafkan aku sebab tak pernah bagi tau kau pasal penyakit ni. Aku cuma tak nak kau risaau.
            Berkawan dengan kau membuatkan aku sedar yang kepandaian bukanlah sesutau yang membuatkan hidup aku sempurna. Tapi kau dan Aimi yang membuatkan hidup aku lebih sempurna. Aku bersyukur sangat dikurniakan sahabat sehebat kau dan Aimi.
            Mira, saat aku tidak lagi bersama kau, janjilah dengan aku yang kau akan terus tabah menghadapi dugaan di luar sana. Jangan pernah putus asa. Kau selalu cakap kau tak sepandai aku tapi percayalah kepandaian sesorang itu bukan diukur dari pelajaran semata-mata tapi dari hati juga. Aku tau kau boleh. dan aku nak kau percaya yang walau apa pun terjadi aku akan sentiasa ada di samping kau.
Aku sayang kau, Mira
Bella


Setelah membaca surat tersebut air mata aku tidak dapat dibendung lagi. maafkan aku Bella sebab aku terlampau lalai dengan dunia. Maafkan aku. Aku harap kau dengar apa yang aku cakap. Aku nak kau tau yang aku sayang kau sampai hujung nyawa aku, Bella. Suara yang hanya kedengaran di benak fikiran aku saja dengan harapan kau mendengarnya.

***

5 tahun kemudian...



Aku duduk bersimpuh di pusara milik Bella sambil menghadiahkan surah yassin. Setelah selesai membacanya aku kemudian menyapa pusara Bella. “Assalamualaikum, Bella” sapa aku pada pusara yang tidar bernyawa. 

“Lama dah aku tak datang ke sini”

“Kau pernah cakap nak tengok aku kawin kan? Esok aku dah nak jadi isteri orang, Bella. Hajat kau nak aku kawin dengan Amir dah tercapai. Ya, aku akan kawin dengan Amir esok. Alangkah bagusnya kalau kau pun ada waktu pernikahan aku nanti. Aku juga sengaja memilih warna putih sebagai tema perkahwinan kami sebab aku tau kau suka putih.”

“Bella, aku kena pergi dulu. Amir nak jumpa sebab nak uruskan hal perkahwinan kami esok. Assalamualaikum”

‘Bella, kau dengar tak apa yang aku katakan ini?’ tanya aku di dalam hati. Aku terus bangun dan melangkah untuk meninggalakan pusara Bella. Tetiba sekuntum bunga mawar jatuh ke tudungku. Aku mengambilnya, aku dapat merasakan yang Bella mendengar semua kata-kataku.

“Aku tau kau sentiasa ada bersama aku, Bella”

TAMAT



2 comments:

  1. Saya machbiebs.. Saya undur diti dulu.. Haha kbye

    ReplyDelete
  2. Saya suka... Saya suka.. Hahah.. Gud job

    ReplyDelete